Tuesday, April 12, 2011

Xnak dh tulis tjuk yg xde kaitan..

SAMARAHAN: Seorang pelajar UiTM Kota Samarahan Sarawak, telah kehilangan telefon bimbitnya ketika berjalan-jalan ke luar kota 3 hari lepas. Beliau, 21 tahun, telah tercicir telefon bimbit tersebut, Nokia 3120 classic, yang merupakan pemberian kedua ibu bapa beliau setelah peristiwa kecurian 3 tahun lalu. Menurut pelajar tersebut, beliau cuba untuk berzuhud di atas kejadian itu memandangkan telefon bimbit itu menyimpan gambar-gambar keluarga dan sahabat-sahabat juga MP3 lagu, zikir dan surah hafazan. Beliau telah mendapatkan kembali nombor telefonnya dan membeli telefon bimbit baru, C1-01, pada hari semalam untuk kemudahan semua orang yang akan menghubunginya.

"Lepas ni memang kena gantung je handphone kat leher macam masa form 4 dulu supaya tak hilang", kata beliau. Beliau yang mengakui dirinya cuai, tidak menyalahkan sesiapa dalam kes ini kerana seringkali terlupa untuk membawa telefon bimbit ke mana saja beliau pergi. Beliau juga berkata bahawa beliau jarang bermesej pada semester ini berbanding dengan semester-semester lepas yang menyebabkan beliau kadang-kadang terlupa di mana kedudukan telefon bimbit beliau. "kadang-kadang nak gi kelas pun lupa bawa. Alhamdulillah handphone tu ada security code", tambah beliau lagi. Beliau juga tidak memberitahu keluarganya berkaitan dengan isu ini kerana takut dimarahi oleh keluarga beliau. -Srikandi Saifullah


Handphone lama.. Exactly the same!

Handphone baru.. Exactly the same!

No comments: