Saturday, May 24, 2014

Kerja baru

Assalamualaikum..

Hidup ini memang kita tak boleh nak jangka.. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..
Dapat tawaran kerja yang lebih baik ialah satu ujian juga drpd Allah swt. Ujian sama ada di tempat kerja baru ni kau masih istiqamah dgn amalan2 ibadah kau atau berkurang..

Kalau nak aku cerita, mmg aku bersyukur sht dapat kerja baru ni.. Memang terus terang agak susah bagi aku yg Melayu ni bekerja dalan environment yg penuh dgn Chinese.Apa yg susah?? Hubungan sesama bos dgn staf yg Chinese mmg tak ada masalah bg aku. Tp nk solat? Bab makan? Hal ni terjadi masa aku ikut staf lain g outstation kt KL. Mmg mereka faham yg aku mesti makan makanan yg halal jd ok jg la. Tapi bila aku sorang je Melayu, aku rasa cm menyusahkan mereka .

Sebab tu masa aku tau je dapat kerja baru ni mmg aku bersyukur sgt3.. Aku kerja kt environment yg mostly Melayu mcm aku. So tak ada masalah ttg solat. Bahkan dgr je azan, ramai yg turun untuk solat di surau walau pun pada waktu kerja. Alhamdulillah.

Allah tidak membebani hambaNya melainkan mereka mampu melaluinya. Terima kasih Allah :)

Saturday, January 18, 2014

Bestfriends

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Last entry 4 Nov? Means that in December langsung tiada post.. Never mind la, aku malas nak on laptop ni.. Aku sekarang nak cuba rajin2kan diri balik nak update blog ni.. Kesian dia. Seperti tak bertuan je.. Tapi aku malas nak heboh2 sebab takut cakap tak serupa bikin. Kn?

Lately rasa banyak nak cerita, rasa banyak nak share.. Mostly about tajuk di atas.. Aku dengan insan yang bernama kawan memang jodoh tak panjang. Kawan2 kita bertukar setiap kali peringkat umur meningkat. Korang tak? Aku jelah kot. Masa sekolah rendah kawan/geng aku ini, sekolah menengah lain pulak. Itu pun sekolah menengah, masa lower form lain geng, upper form lain geng. Pastu masuk pulak U, lain orang lagi yang jadi kawan rapat. Pindah ke Sarawak, bertukar lagi orang yang aku rapat. Yeah, people change. And friends change too. 

Aku tak ada bff macam yang semua orang bangga2kan. Semua kawan yang hanya kawan. 24 tahun hidup ni aku dah berkawan dengan macam2 orang. Kalau boleh aku nak buat 1 entri untuk 1 orang kawan aku. Yang meninggalkan kesan dalam hidup aku. Jadi aku mulakan dengan seorang kawan aku ni. Namanya tak perlu disebutkan. Kalau dia baca, dia mesti tau aku tengah cakap pasal dia.

Aku start kenal dia masa kami sekolah rendah. Sama2 pengawas. Sama2 wakil sekolah untuk kuiz kesihatan di KK. Masa tu tak rapat sangat. Kenal macam tu je. Bila dia dapat UPSR 5A sama dengan aku, kami sama2 masuk MRSM and alhamdulillah kami dapat 1 homeroom. Start situ aku rapat dengan dia. Rumah kami pun  selang berapa rumah ja, di asrama pun bilik dia sebelah bilik aku. 

Jadi aku rapat dengan dia dari Form 1 sampai Form 4. Masuk Form 5 lain sikit ceritanya. Aku tak tau mana yang salah but then kami tak rapat macam dulu. Yeah, Form 5 ialah zaman kegelapan aku. Aku tak nak ingat balik. Masa Form 5 la hidup aku paling tak best. Maksud aku towards the end of Form 5. Masa awal2 tahun aku rasa ok lagi..

Lepas tu habis Form 5 memang aku lost contact dengan dia. Yang aku tau dia masuk matrik kat Labuan. Tu tahun 2008. Lepas tu jarang2 berjumpa, jumpa pun kalau rumah dia buat kenduri, aku datang and dia pun datang masa openhouse rumah aku. Tapi masa tu feeling dia tak sama. Tak sama dengan masa kami rapat dulu. After that, memang betul2 lost contact. Aku tau dia sambung study kt IPTS je tapi tak tau kat mana.

And now. Apa yang membuatkan aku nak cerita pasal ni, aku jumpa dia balik. Yes but bukan depan mata tapi online. Thanks to admin "Geng SK Muhibbah" sebab buat wechat group. Sekarang kan orang semua dah maju. Dari wechat group ni la aku jumpa dia balik and now dia dah kawin and da ada sorang pun anak. 1st aku tau tu aku sangat sangat sangat terkejut ok. Aku tak sangka, aku tak percaya. Kata jiran tapi langsung tak tau cerita pasal jiran which is your own friend sai? Aku tau aku bukan seorang kawan yag baik. Terus aku teringat kenangan kami bersama. Aku tidur sekatil dengan dia. Kami tukar2 cerita. Outing sama2. Pegi dewan selera sama2. Lepak sama2. Dia tau sapa aku suka. Aku tau sapa dia suka. Time tu jak la. Sekarang dia suda ada suami kan. Im happy for you. Anak dia pun tersangatlah comel. Maya Malaeka namanya. Mau masuk 2 tahun suda. How time really flies! Aku tak tau dia kawin, tapi anak dah nak masuk 2 tahun. Memang lama aku lost contact dengan dia. 

Dari wechat group tu juga, orang cerita2 pasal anak dia sampaila aku terjumpa akaun instagram dia. Dia banyak post pasal anak dia yang comel tu. Jadi aku sekarang memang tunggu post dari dia jak haha.. Seriously anak dia sangat comel. Post dia dalam instagram tu dah beratus2 means da lama dia ada instagram. And aku tak cuba cari! Kalau aku cari mungkin aku tahu dia dah kawin. Mungkin aku tahu dia dah ada anak.

Mungkin ada hikmahnya Allah nak jampakan kami balik. Aku yakin perancangan Allah itu hebat. Semalam pun aku chat dengan dia sampai 2.30 pagi. I really miss her. Aku chat dengan dia, aku da lupa apa yang berlaku sampai kami lost contact. Aku dah lupa reason hubungan kami renggang. Dan aku tak nak ingat semua tu. Yang penting aku dah jumpa dia balik. I miss and love you friend! 

P/s: Sorry entri kali ni terlebih panjang ;)

Monday, November 04, 2013

2 months of working

Assalamualaikum..
See! Aku dah cakap xkn terupdate blog ni klu da kt kg ni.. Da keje plak tu.. Ops!
Haah aku da keje.. Sila tengok tajuk d atas yer.. So aku bru blik keje la ni.. Keje ni bleh thn..
Sronok pun sronok sbb dpt isi masa lapang drpd duk menganggur je.. Cuma gaji je kcik ckit..Herm.. Bukan aku xbersyukur... Aku bersyukur sgt, alhamdulillah... Dpt jg merasa pegang duit titik peluh sendiri.. Dpt jg merasa nikmat perasaan selepas kirim duit kt mak bapak.. It feels so.. fuh, lega... Xdpt nk express kn dgn perkataan perasaan tu.. Cuma klu bleh nk cari keja yg gji tnggi ckit.. Bleh bg kt adik2 dan kwn2.. Ap2 pun.. Doakn yg terbaik utk aku.. 
o ye, minggu dpn ni aku konvo... Hooray!! Da lama aku tgu saat ni.. Akhirnya konvo jg aku selepas 1.5 + 3.5 tahun blajar.. Very the excited aku ni.. InsyaAllah nt aku cter dlm blog eh.. Sekian~

Thursday, August 01, 2013

Balik kampung & interview

Esok kami sekeluarga akan pulang ke kg halaman kami... Sekeluarga? X jgla.. Mak, bapak, aku, wada n Najib.. Tekla dtg 3hb Ogos dr kk n Kila mmg da kt Melaka da pun.. 

Flight kami kali ni malam so tgh mlm bru smpai kr KL.. InsyaAllah tumpang rumah fmily mamang Nadzri 1 mlm, esokny bru meneruskn perjalanan ke Melaka..

Neway, aku da dpanggil utk 1 temuduga kerja ni.. Kerja apa? Hehe.. Sama mcm aku praktikal dulu tu.. N company tu kt Melaka!! 5hb Ogos ni interview aku which means ari isnin dpn! Giler nebes aku ni.. Ni la 1st tym aku nk g interview yg btul2 punya.. Bukan cobaan lagi.. So i need to practice my communication skills.. Hehe.. Tp bila fkir lama2, mcm lom redi nk keja lg.. Da la kt Melaka.. Jauh dr mak bapak lg.. Xsmpai sbulan lg dpt bercuti ngn mak n bapak.. Huhu.. *aku ni da besar pun nk duk bwh ktiak mak lg*
Ada jg terdetik aku xnak pass interview ni sbb aku nk stay ngn parents lama ckit.. N aku leh apply keje laen kt Sandakan  ni.. Tp ada bgusny jg klu aku keja awal.. Duit masyuk, xla menysahkan parents lg kn??
So dpt ke xdpt, aku serah ngn takdir je.. All is well :)

Kt kg nant xdpt nk on9.. So nk wish awal2, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Mane la tau aku dpt keje tu n trus kene masuk keje, xterupdate la blog ni nmpakny.. Wish me luck!

Wassalam~

Sunday, July 28, 2013

Tamat dunia mahasiswi

Bismillah~
Assalamualaikum... Rasa malas nk update tp kene jg sbb dari hari tu lg aku tangguh2 nk update blog ni.. So, URL da tukar, nama blog pun da tukar.. Cuma wajah blog ni je xtukar lg.. Tunggu masa btul2 rajin bru dpt tukar..

Pada 14 Julai 2013 hari tu bersamaan ngn hari ahad, merupakan hari terakhir aku menduduki exam d UiTM.. InsyaAllah.. Result dgr2 3hb Ogos ni.. Fuh, nebes nk tau result.. So, secara amnya aku dah tamat 1 lg fasa dlm hidup aku iaitu fasa sebagai seorang student.. Dan lepas ni bermulalah fasa aku sebagai wanita bekerjaya pulak.. Cewah..