Assalamualaikum...
2010 mencatat sejarah baru bagi ana.. Ana melangkah ke UiTM Kota Samarahan, Sarawak untuk meneruskan pengajian.. Niat ana untuk merasai situasi pembelajaran di sini, kebetulan adik ana juga belajar di sini dalam kursus Diploma Kejuruteraan Awam..
Ana menapak di UiTMKS pada 2hb Januari 2010. Pada mulanya tempat ini memang sangat asing bagi ana dan berbeza dengan UiTM Sabah.Kawasannya yang besar dan landai membuatkan ana berasa teruja berada di sini. Alhamdulillah, hari pertama kuliah, ana telah ditemukan dengan 3 orang teman baru, Yuli, Mira, dan Syiz dalam kelas pertama ana, BEL312. Melihat dari cara mereka berpakaian, ana sangat yakin yang mereka sefikrah dengan ana. Ana sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan ana dengan mereka. Apa yang ana lihat di kampus ini, lebih ramai muslimat2 yang bertudung labuh, besar atau pun bulat. Melihat keadaan ini, syukur alhamdulillah.. mungkin sebab kampus ini besar kalau ingin dibandingkan dengan kampus sabah..
2 b continue... :)
syukran, wallahualam..
1 comment:
SaLam pKenaLan.. .
haHaahhha :P
maSeYh seGak deK iNgaTan saaT kTa bjUmpa + bTegO saPa dLm cLasS bEL312.. .
aNda pKai bjU kROnx piNx + tUdOnd piNx,,,hEe :D
mOga uKhwaH kiTa sUma sLmaNy,,,aMeEn :]
Post a Comment